BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 9, 2009

Benih Keli




Salam, sesiapa yang nak benih keli boleh dapatkan di kolam keli kami di Batu Lintang, Sungai Petani. Harga bagi benih adalah mengikut saiz seperti yang berikut:
  • 2 inci - rm0.08
  • 3 inci -rm0.10
Anda boleh mendapatkan benih dengan harga yang murah seperti berikut:
  • 2 inci - rm0.06
  • 3 inci - rm0.08
Benih ini di import dari Siam. Benih tersebut boleh diperolehi sebelum kami masukkan ke kolam. Setiap tempahan perlu membuat bayaran pendahuluan/deposit bagi menjamin tempahan anda. Sila hubungi kami bagi tujuan tempahan dan pertanyaan.

Terima Kasih.

Saturday, March 7, 2009

PERKEMBANGAN PENTERNAKAN KELI ORGANIK DENGAN B1 (YATILINTAH.COM)

Setelah sebulan pihak kami mencuba produk B1, keluaran yatilintah.com, kami dapati terdapat perbezaan dari segi saiz yang ketara dalam pembesaran benih-benih ikan keli.

  • Benih keli membesar agak tidak sekata, ada besar dan ada yang kecil
  • Keli tidak makan secukupnya, badan kecil dan kepala besar.
  • Air memang jenih, dan tidak berbau.
  • Benih keli dimasukkan : 8,000 ekor
  • Saiz ketika dimasukkan : 2 inchi
  • Saik sekarang : 2-4 inchi purata..
Setakat ini memang produk kak yati agak kurang memuaskan. Kemungkinan disebab saiz kolam yang besar, organik hanya memenuhi sebahagian ruang dasar kolam. saiz kolam adalah 20 kaki x 6 kaki. ketinggian air adalah 1 kaki.