BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 24, 2009

Pelet Keli

Kini anda boleh mendapatkan pelet keli melalui tempahan.

Keli Special 30 - RM2.20/kg
Keli Special 40 - RM2.50/kg
Keli Special 20 - RM2.00/kg

Perlu tempah awal, kerana pelet ini akan diproses melalui tempahan.

Kebaikan Pelet Keli Special

  1. Menjimatkan Kos Ternakan
  2. Kolam tidak berbau
  3. Kadar tukar air 7 hari, berdasarkan pengalaman.
  4. 100% bersih, di jamin 100% halal.

Benih Keli 2 inci

Benih baru telah tiba pada 23 Julai 2009

Harga 7 sen..
Sila kunjungi kolam di Batu Lintang.
atau hubungi Jimi Rashdan atau Hj Rahim.

Tuesday, July 7, 2009

Pelet

Kami sedang menghasilkan pelet makanan keli dan akan di pasarkan dalam masa terdekat. Kini dalam pross RnD.. Pelet ini mengandungi nilai peratusan protein dan boleh ditempah mengikut kehendak anda dalam kuantiti yang fleksibel. Murah dan membantu anda dalam mengurangkan kos makanan keli. Pengunaan perut ayam dalam makanan keli masa kini menjadikan kolam cepat berbau dan kualiti keli agak rendah bagi tumbesaran keli (benih).

Serunding..

Kini kami sedang mengusahakan satu produk baru iaitu 'Serunding'. Kini sampel telah pun dihantar kepada jabatan kimia bahagian pemakanan untuk diuji kandungan serunding ini untuk tujuan pemasaran. Kini sebagai permulaan, kami memberi percubaan kepada orang ramai/kenalan mencuba serunding ini. Pelbagai lagi produk yang akan menyusuri kemudian. Kami akan mempromosikan produk ini selepas mendapat kelulusan bahagian pemakanan jabatan kesihatan. Sekiranya anda berminat bagi mendapatkan produk ini, boleh la menghubungi kami.

Monday, July 6, 2009

SPECIAL OFFER

-expired-
BENIH KELI SAIZ 2.5 - 3 inci

HARGA RM0.085
SAH SEHINGGA 14 JULAI 2009..

HUBUNGI JIMI 012-4677205, HJ RAHIM.. 019-5459913

Wednesday, June 24, 2009

PEMBELIAN KELI DARI PENGUSAHA

Adalah diingatkan supaya penternak membuat grading keli.
Pihak kami tidak dapat menerima keli saiz kecil dan terlalu besar.
Saiz yang ideal adalah saiz di antara 5-8 ekor sekilo.
Anda boleh menghantar ke tempat kami.
Kami juga boleh mengambil dari tempat anda dengan kadar upah dan pengangkutan * RM70 (bagi 1000 ekor kebawah) dan *RM120 bagi kuantiti 1000 ekor ke atas. Kalau boleh datang sendiri bagi menjual ikan anda.

*Kos ini hanya bagi kawasan kedah tengah iaitu meliputi Gurun - Bertam. Sila hubungi kami bagi mengetahui nilai upah dan transport bagi lain-lain kawasan.
Kedah Tengah - Gurun, Bedong, Bukit Selambau, Kuala Ketil, Semeling, Sungai Petani, Tikam Batu, Pantai Merdeka, Bertam, Lunas, Sidam.

Monday, June 22, 2009

Upgrade Lokasi

Kini kolam keli telah diupgrade, bagi keselesaan pengurusan mahupun pelanggan dan tetamu yang ingin melawat kolam kami. Selamat Datang!!





Thursday, June 4, 2009

BENIH TALAPIA MERAH.

Kami mempunyai stok benih talapia merah. Talapia ini mempunyai kadar mortaliti atau kematian serendah 3 peratus. peratusan ini adalah berdasarkan pengiraan kami. untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Hj. Rohim atau En. Jimi.

Benih 5 Jun 2009

Kami akan mendapatkan benih keli daripada Thailand pada 5 jun 2009 ini. Segala pembelian dan pemesanan boleh di buat sekarang.

Monday, March 9, 2009

Benih Keli




Salam, sesiapa yang nak benih keli boleh dapatkan di kolam keli kami di Batu Lintang, Sungai Petani. Harga bagi benih adalah mengikut saiz seperti yang berikut:
  • 2 inci - rm0.08
  • 3 inci -rm0.10
Anda boleh mendapatkan benih dengan harga yang murah seperti berikut:
  • 2 inci - rm0.06
  • 3 inci - rm0.08
Benih ini di import dari Siam. Benih tersebut boleh diperolehi sebelum kami masukkan ke kolam. Setiap tempahan perlu membuat bayaran pendahuluan/deposit bagi menjamin tempahan anda. Sila hubungi kami bagi tujuan tempahan dan pertanyaan.

Terima Kasih.

Saturday, March 7, 2009

PERKEMBANGAN PENTERNAKAN KELI ORGANIK DENGAN B1 (YATILINTAH.COM)

Setelah sebulan pihak kami mencuba produk B1, keluaran yatilintah.com, kami dapati terdapat perbezaan dari segi saiz yang ketara dalam pembesaran benih-benih ikan keli.

  • Benih keli membesar agak tidak sekata, ada besar dan ada yang kecil
  • Keli tidak makan secukupnya, badan kecil dan kepala besar.
  • Air memang jenih, dan tidak berbau.
  • Benih keli dimasukkan : 8,000 ekor
  • Saiz ketika dimasukkan : 2 inchi
  • Saik sekarang : 2-4 inchi purata..
Setakat ini memang produk kak yati agak kurang memuaskan. Kemungkinan disebab saiz kolam yang besar, organik hanya memenuhi sebahagian ruang dasar kolam. saiz kolam adalah 20 kaki x 6 kaki. ketinggian air adalah 1 kaki.

Monday, February 16, 2009

KELI: Jual Beli

Kami sedia membeli ternakan keli.

Kami juga menjual kepada sesiapa yang berminat untuk membeli keli dalam pelbagai saiz, kecil 5 ekor sekilo sehingga 3 ekor sekilo. (harga borong)

kami juga menjual terus kepada sesiapa sahaja yang ingin membeli secara runcit.

Ikan baru tiba.

Keli Saiz 5 ekor sekilo

Pengelasan saiz keli

Keli dalam bekas pemindahan.

keli dimasukkan dalam bekas pengasingan

Proses Pengasingan

Sedang mengelas saiz besar kecil


Sedang mengelas saiz besar kecil


Sedang mengelas saiz besar kecil.



Sunday, February 15, 2009

Pakej Ternakan Keli

Bagi mereka yang berminat dan ingin memulakan penternakan keli ini, kami ada menyediakan pakej mudah iaitu kanvas 6x10x3, keli 3000 (2 inci) dan organik B1(5kg) bernilai RM600.00

Thursday, February 12, 2009

Kolam Keli

Di sini dipaparkan kolam keli, nurseri..





Tuesday, February 10, 2009

Kanvas Saiz 10 (panjang) x 6 (lebar) x 3 (tinggi)

Kanvas bagi ternakan ikan air tawar

Harga RM 350.00

Organik Keli / Lintah


Kami juga merupakan wakil jualan bagi produk organik B1. (www.yatilintah.com) yang pernah dipaparkan di MAJALAH 3. Harga bagi sekampit organik ini adalah RM75.00... Sesiapa yang berminat untuk menggunakan produk ini boleh mendapatkan penerangan dan penjelasan melalui talian , ruang perbincangan atau rujukan terus ke www.yatilintah.com (web pengeluar B1)

Boleh juga hubungi kami: Hj Rahim (019-4417764) & Jimi Rashdan (012-4677205).

Boleh juga datang terus ke lokasi kami.

LOKASI


View Larger Map

Bekalan Benih Keli

Kami merupakan pengimport bekalan benih keli dari negara jiran Thailand setiap bulan, benih-benih keli ini kami beli secara pukal dan agihkan kepada pembeli yang membuat pesanan. Bagi pembelian benih keli ini, kami menjual dengan harga RM0.06 seekor dan pesanan minimum adalah 1,000 ekor. Pengagihan keli ini di lokasi kami Batu Lintang, Sungai Petani. (Rujuk Lokasi).

Monday, February 9, 2009

Delonix Enterprise - Pengenalan Syarikat

on construction..

Menjalankan perniagaan :

  1. Membekal/Menjual tanaman hiasan
  2. Membekal/Menjual/Membeli Keli
  3. Menjual Alatan / Keperluan Pertanian
  4. Kerja Besi
  5. Perkhidmatan Lori
  6. Kontraktor Bekalan dengan Kementerian Kewangan